Sunday, January 22, 2012

Fakta penting Penyakit Kencing Manis

klik gambar di atas untuk rawatan kencing manis Kacip Emas


Rakyat Malaysia kini terancam dengan penyakit kencing manis !

Berdasarkan tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 pada Tahun 2006, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menunjukkan bahawa 1 dari 7 orang dewasa rakyat Malaysia menghidapi masalah penyakit kencing manis . Namun begitu, masalah kencing manis ini menjadi bertambah buruk apabila penyakit kencing manis dihidapi tidak disedari oleh separuh dari mereka ini.

Penyakit kencing manis ataupun dikenali juga sebagai penyakit diabetes adalah dikategorikan sebagai ibu kepada segala penyakit. Kencing manis adalah merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan kepada masalah lain seperti serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki.

Apakah itu penyakit Kencing Manis ( penyakit diabetes )?

Kencing manis atau diabetes adalah merupakan satu sindrom atau penyakit yang berlaku akibat daripada kekurangan ataupun kehilangan keberkesanan hormon insulin.

Definisi Insulin : Insulin adalah merupakan sejenis hormon yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang letaknya di belakang perut. Dalam perut manusia, makanan yang dimakan akan ditukarkan kepada glukosa, dan kemudian diserapkan ke dalam saluran darah bagi digunakan oleh badan kita untuk mengeluarkan tenaga. Glukosa adalah sumber tenaga yang utama. Bagi orang normal, insulin membantu glukosa darah memasuki sel badan manusia dan menukarnya menjadi tenaga.

Faktor penyebab penyakit kencing manis – Insulin yang tidak berfungsi atau tidak berkesan

Faktor yang menyebabkan penyakit kencing manis adalah merupakan organ pankreas pesakit kencing manis yang tidak mengeluarkan insulin secukupnya ataupun insulin yang dikeluarkan tidak berkesan.

Ini akan menyebabkan glukos tidak dapat memasuk ke dalam sel badan yang sepatutnya bertukar menjadi tenaga. Kesannya, glukos akan terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukos menjadi tinggi sehingga melimpah ke air kencing.

Begitu secara ringkas bagaimana penyakit kencing manis boleh berlaku.


No comments:

Post a Comment