ubat kencing manis tradisional

ubat kencing manis tradisional

Saturday, May 12, 2012

Penghidap Darah Tinggi & Kencing Manis di Selangor Meningkat


Kepada warga selangor khususnya dan negara lain amnya, statistik dibawah boleh memberikan pengajaran kepada kita semua untuk usaha mengelakkan dari penyakit kencing manis. Di bawah perkongsian mengenai kencing manis dari sinar harian.

SHAH ALAM – Selangor mencatatkan peningkatan dalam penyakit darah tinggi iaitu 0.8 peratus kepada 28.7 peratus dan kencing manis 4.5 peratus meningkat 16.5 peratus melalui kajian National Health and Morbidity Survey (NHMS) ke-4.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, peningkatan ini adalah ketara untuk kes yang baru didiagnosis diabetes iaitu 3.8 peratus pada NHMS 2006 kepada 10.1 pada NHMS 2011 di mana keadaan ini membimbangkan.

“Kajian tersebut mendapati prevalen penyakit darah tinggi di kalangan penduduk negeri Selangor yang berumur 18 tahun ke atas adalah sebanyak 27.9 peratus, manakala prevalen penyakit diabetes adalah sebanyak 12.0 peratus.

“Sebanyak 52.1 peratus penduduk negeri Selangor yang berumur 18 tahun ke atas hidup secara tidak aktif, 18.1 peratus adalah merokok, 34.6 peratus mengalami masalah berlebihan berat badan dan 11.6 peratus mengalami masalah obesiti,”katanya dalam ucapan ketika menghadiri Program Berjalan 10,000 Langkah Sehari anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan (JKNS) di sini semalam.

Dr Azman berkata, perubahan gaya hidup masyarakat pada masa ini kepada gaya hidup sedentari (kurang aktif) menyebabkan berlaku peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, darah tinggi dan kardiovaskular.

Menurutnya, Malaysia berada pada kedudukan ke enam di kalangan negara Asia dengan kadar obesiti yang tinggi di kalangan rakyat dewasa.

“Kini hampir satu dari setiap dua orang penduduk dewasa kita menghidap darah tinggi dan 1 dari setiap 8 orang menghidap diabetes. Malah semakin ramai rakyat mati lebih awal (pra-matang) akibat pelbagai penyakit NCD.

“Antara punca utama berlakunya masalah obesiti dan penyakit kronik ini kerana masyarakat dewasa ini kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. kurang praktik gaya hidup sihat, tidak tahu bagaimana menangani stres,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, risiko penyakit yang dinyatakan Dr Azman meningkat memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara membangun, tambahan pula Selangor mempunyai populasi kepadatan penduduk tinggi.

Beliau berkata, kementerian alu-alukan penglibatan semua pihak seluruh masyarakat dapat membudayakan gaya hidup sihat sebagai cara hidup masyarakat Malaysia.

Dalam perkembangan sama, MBSA melancarkan program berjalan 10,000 langkah sehari bagi memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga bandar raya Shah Alam di Taman Tasik Shah Alam pagi semalam.

Datuk Bandar MBSA, Datuk Mohd Jaafar Atan berkata, program ini bertujuan memberikan galakan dan semangat jati diri yang tinggi untuk melakukan aktiviti fizikal demi meningkatkan tahap stamina dan seterusnya kesihatan diri seluruh masyarakat Shah Alam.

Sumber: sinarharian.com.my

Dapatkan segera rawatan tradisional kencing manis untuk mengatasi masalah kencing manis untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

Saturday, March 10, 2012

Ubat kencing manis KACIP EMAS 2012 - beli secara terus

Ubat kencing manis KACIP EMAS kini boleh didapati secara terus jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan Selayang. Bagaimanapun untuk pembelian terus ini, pembelian minimum ialah 2 botol ubat kencing manis ini. Untuk 1 botol, kami tidak buat penghantaran terus ke premis anda tetapi anda boleh datang ke Sentul di Kondominium Sentul Utama.

Penghantaran terus ubat kencing manis ini hanya akan dibuat pada hujung minggu ( Sabtu / Ahad ) dan dihantar terus ke rumah atau pejabat anda. Tapi pastikan menghubungi kami sehari sebelum untuk kami buat persediaan dan untuk pastikan stok penawar kencing manis mujarab ini ada. 

Alhamdulillah setakat ni banyak feedback positif yang kami terima sendiri daripada mereka yang telah mencuba produk ubat kencing manis ini. Ini telah banyak memberi dorongan untuk kami terus memasarkan ubat kencing manis kacip emas ini. Jika anda atau ibu bapa anda menghidapi penyakit kencing manis, jangan serba salah untuk mencuba ubat kencing manis kacip emas ini. 

Dari semasa ke semasa saya akan update testimoni-testimoni terkini mereka yang telah menggunakan ubat kencing manis mujarab ini. Jika anda berada di Kuala Lumpur, Gombak dan Selayang Insyaallah penghantaran terus ke tempat anda boleh aturkan dihujung minggu.

SAYA TIDAK LAGI MENGEDARKAN PRODUK KACIP EMAS. UNTUK ALTERNATIF SILA REFER TEH UNTUK KENCING MANIS DI BAHAGIAN ATAS BLOG INI.

Friday, February 10, 2012

Testimoni kencing manis terkini

Testimoni terkini saya dapat dari pelanggan kacip emas saya. Beliau beli 2 botol ubat kencing manis kacip emas untuk mak beliau. Dengan Izin Allah hanya dengan sebotol, luka kencing manis mak beliau telah pulih






Wednesday, February 8, 2012

Kacip EMAS - penawar kencing manis yang terbukti

Pesakit Kencing Manis biasanya menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menderita tekanan darah tinggi, masalah Atherosclerosis kegagalan jantung tersumbat, masalah saraf, osteoporosis, kanser, masalah penglihatan, kegagalan buah pinggang, seksual dan penuaan pra-matang.

Yang menjadi masalah ialah ramai pesakit penyakit kencing manis sebenarnya hanya merawat gejala ataupun simptom penyakit kencing manis sahaja dengan memfokuskan kepada kadar kandungan gula dalam darah tetapi tidak merawat penyakit diabetes tersebut secara dasarnya.

Penawar Kacip Emas telah terbukti dengan testimoni yang menunjukkan kesan amat positif serta memberangsangkan bagi menghilangkan punca kencing manis / diabetes. Penawar Kencing manis Kacip Emas mengandungi bahan-bahan asli dan semulajadi sahaja yang dirumus khas untuk bertindak dengan lembut dan berkesan.

Kacip Emas tidak mengandungi bahan tambahan, pengawet atau bahan tiruan.Penawar Kacip Emas telah distatuskan sebagai minuman kesihatan (Health Drink) oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia serta telah memiliki sijil HALAL.

Kaedah memproses kacip emas adalah terdiri dari pelbagai peringkat jika dibandingkan dengan jenama minuman kesihatan lain. Peringkat yang terlibat adalah proses pembakaran, kukusan dan perahan yang menggunakan hanya 5% air sahaja. Proses penghasilan dan pembungkusan Penawar Kacip Emas ini dijalankan di kilang sendiri di Alor Star, Kedah.
posted from Bloggeroid

Friday, February 3, 2012

Punca penyakit kencing manis

Apakah risiko atau faktor menyebabkan berlakunya penyakit kencing manis ?
Sebenarnya siapa sahaja tidak kiralah berapa umur boleh menghidapi penyakit kencing manis.
Walau begitu, anda mempunyai risiko yang tinggi mendapat penyakit diabetes jika mempunyai perkara berikut:
1. Tidak aktif daripada segi fizikalMereka yang langsung tidak ataupun kurang bersenam mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit diabetes atau kencing manis .
2. Sejarah keluargaMereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidapi penyakit kencing manis. Jikalau salah seorang dari ibu bapa mengidapi penyakit kencing manis, kebarangkalian untuk anak-anak mewarisi penyakit diabetes adalah tinggi.
3. Berat badan berlebihanObesiti ataupun berat badan yang berlebihan. Mereka yang mempunyai BMI > 30 boleh dikategorikan sebagai mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidapi penyakit kencing manis.
4. Faktor pemakanan
Mereka yang mengamalkan pemakanan berkanji secara berlebihan serta makanan lemak bertepu mempunyai risiko untuk menghidap kencing manis
5. Umur
Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko untuk anda mendapat penyakit kencing manis.
6. Sejarah kencing manis sewaktu mengandung
Mempunyai sejarah kencing manis pada kehamilan yang terakhir. Selain dari itu, jika anda mempunyai sejarah melahirkan bayi besar ( dengan berat kelahiran 4.0 kg ataupun lebih), kebarangkalian bagi menghidapi penyakit kencing manis adalah tinggi.

Di atas serba sedikit perkongsian punca penyakit kencing manis . Semoga menjadi iktibar kepada semua pembaca.

Friday, January 27, 2012

Rawatan kencing manis ulat

Rawatan kencing manis ulat iaitu penggunaan ulat merupakan alternatif baru dalam Rawatan Luka Kencing Manis . Tapi ulat ini bukanlah sebarang ulat tetapi ulat yang telah di sterile dan di ternak di dalam persekitaran terkawal bagi mengelak masalah jangkitan kuman.

Perkhidmatan ubat kencing manis ulat juga bukanlah boleh diberikan oleh sebarang pusat kesihatan kerana penawar kencing manis ini memerlukan kepakaran dan latihan yang khusus.

Bermula dengan kajian di Institute Medical Research IMR dan Hospital Kuala Lumpur HKL kaedah rawatan kencing manis ulat mula mendapat tempat dan meluas. Luka kencing manis begitu sukar untuk sembuh disebabkan oleh kadar gula yang tinggi dalam darah serta kerosakan urat saraf badan pesakit kencing manis.

Di atas adalah rawatan kencing manis yang memerlukan anda ke pusat-pusat rawatan kencing manis . Jika anda ingin rawatan kencing manis mujarab hanya di rumah anda, anda boleh mencuba produk kacip emas . Sila klik banner di sebelah atas kanan blog ini untuk maklumat lanjut.

Thursday, January 26, 2012

Tanda tanda kencing manis

Di bawah saya ingin kongsikan tanda penyakit kencing manis semoga menjadi panduan untuk mengelakkan kencing manis dari peringkat awal lagi.



Setiap pesakit penyakit kencing manis biasanya akan mengalami tanda tanda kencing manis dan gejala kencing manis yang berlainan. Di antara tanda tanda awal penyakit kencing manis yang biasa dialami adalah:

* Merasa amat haus ataupun dahaga (haus berlebihan)
* Keletihan / Sentiasa letih
* Mengalami penurunan berat badan dengan secara mengejut
* Penglihatan menjadi kabur
* Otot lemah
* Gatal pada tempat kemaluan
* Mengalami penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas
* Pening-pening
* Bertambah selera makan
* Lidah menjadi kering
* Nafas berbau manis

Walaupun begitu, terdapat kesndi mana pesakit kencing manis tidak mengalami tanda-tanda sakit kencing manis. Dengan kata lain, anda boleh menghidapi penyakit diabetes tanpa apa-apa tanda atau gejala.

Jangan hanya bergantung pada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap penyakit diabetes.

Dinasihatkan supaya anda melakukan ujian di klinik kesihatan berhampiran secara berkala untuk memastikan penyakit kencing manis dapat dikesan daripada awal.

Jika telah diserang penyakit kencing manis dapatkan rawatan segera . Anda juga boleh mencuba rawatan kencing manis yang berasaskan bahan semulajadi. Kami cadangkan penawar kencing manis teh herba bioasli.

Teh herba MUJARAB untuk kencing manis


maklumat lanjut, KLIK SINI