Friday, February 3, 2012

Punca penyakit kencing manis

Apakah risiko atau faktor menyebabkan berlakunya penyakit kencing manis ?
Sebenarnya siapa sahaja tidak kiralah berapa umur boleh menghidapi penyakit kencing manis.
Walau begitu, anda mempunyai risiko yang tinggi mendapat penyakit diabetes jika mempunyai perkara berikut:
1. Tidak aktif daripada segi fizikalMereka yang langsung tidak ataupun kurang bersenam mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit diabetes atau kencing manis .
2. Sejarah keluargaMereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidapi penyakit kencing manis. Jikalau salah seorang dari ibu bapa mengidapi penyakit kencing manis, kebarangkalian untuk anak-anak mewarisi penyakit diabetes adalah tinggi.
3. Berat badan berlebihanObesiti ataupun berat badan yang berlebihan. Mereka yang mempunyai BMI > 30 boleh dikategorikan sebagai mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidapi penyakit kencing manis.
4. Faktor pemakanan
Mereka yang mengamalkan pemakanan berkanji secara berlebihan serta makanan lemak bertepu mempunyai risiko untuk menghidap kencing manis
5. Umur
Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko untuk anda mendapat penyakit kencing manis.
6. Sejarah kencing manis sewaktu mengandung
Mempunyai sejarah kencing manis pada kehamilan yang terakhir. Selain dari itu, jika anda mempunyai sejarah melahirkan bayi besar ( dengan berat kelahiran 4.0 kg ataupun lebih), kebarangkalian bagi menghidapi penyakit kencing manis adalah tinggi.

Di atas serba sedikit perkongsian punca penyakit kencing manis . Semoga menjadi iktibar kepada semua pembaca.

No comments:

Post a Comment