Saturday, June 6, 2009

Penyakit kencing manis, satu pengenalan



Apakah Penyakit Kencing Manis ?

Penyakit kencing manis sudah lama diketahui oleh manusia. Terdapat beribu-ribu penghidap kencing manis di negara kita ini. Bagaimanapun penyakit ini tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk hidup seperti biasa. Ini kerana semakin hari semakin bertambah pengetahuan mengenai penyakit kencing manis dan pelbagai ubat telah dihasilkan untuk merawat penyakit ini.


>> penawar kencing manis <<



Penyakit kencing manis merupakan satu keadaan yang mana di dalam peredaran darah terdapat kadar gula yang berlebihan. Ini adalah kesan disebabkan badan tidak mampu untuk menukar gula kepada tenaga yang secukupnya kerana badan menghadapi masalah kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin. Insulin ini adalah merupakan sejenis hormon, dihasilkan oleh organ yang dinamakan pancreas yang dimana letaknya adalah dibawah perut. Badan kita akan mengeluarkan tenaga dari makanan yang kita makan bagi menjalankan tugas harian. Makanan berkanji dan bergula yang biasanya dipanggil sebagai makanan karbohidrat akan ditukar menjadi bahan gula yang dipanggil glukos di dalam perut dan akan masuk ke dalam saluran darah. Ia kemudiannya akan digunakan oleh badan bagi menghasilkan tenaga. Glukos juga merupakan punca utama yang memberi tenaga kepada badan kita.
 

Pada keadaan yang biasa, insulin biasanya akan bantu glukos dalam darah untuk masuk ke dalam sel-sel badan bagi ditukarkan kepada tenaga. Bagi mereka yang mengidapi penyakit kencing manis, organ yang sepatutnya menghasilkan insulin iaitu pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin secara secukupnya atau insulin yang dihasilkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Ini mengakibatkan glukos tidak dapat untuk masuk ke sel-sel badan. Kadar gula di dalam peredaran darah juga akan menjadi tinggi. Gula berlebihan ini akan dikeluarkan oleh badan melalui air kencing. Inilah antara sebabnya, mengapa penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Sel-sel badan tidak akan menerima bekalan glukos tanpa insulin, walaupun kadarnya adalah amat tinggi di dalam peredaran darah. Hasilnya, badan kita akan kekurangan tenaga.
 
Siapakah dikatakan sebagai pengidap penyakit kencing manis ?
Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja. Walaubagaimanapun, risiko yang lebih untuk mendapat penyakit kencing manis adalah terdapat pada mereka yang datang dari keluarga ataupun keturunan di mana terdapat antara ahli-ahlinya yang mengidap penyakit kencing manis, umur sudah menigkat (40 tahun ke atas) dan mempunyai berat badan yang berlebihan atau gemuk.


Apakah ubat kencing manis ?
Sebelum tahun 1921, tidak ada ubat-ubatan yang tertentu untuk merawat penyakit kencing manis. Walaubagaimanapun, pada masa sekarang terdapat bermacam jenis ubat-ubatan bagi mengawal penyakit kencing manis dan ini merupakan peluang kepada pengidap penyakit kencing manis untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Rawatan kencing manis adalah melalui kawalan pemakanan.
Makanan yang dimakan memainkan peranan penting untuk mengawal penyakit kencing manis. Biasanya bagi kes-kes yang tidak teruk, penyakit ini dapat diakwal melalui penjagaan makanan sahaja.
Jangan biarkan 'kencing manis' anda
hingga ke peringkat kritikal

No comments:

Post a Comment