Wednesday, June 10, 2009

Penyakit kencing manis, bhgn 3



Penjagaan berat badan
Penyakit kencing manis biasanya lebih kerap berlaku pada kalangan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Juga didapati tindakan insulin agak berkesan dalam orang yang gemuk
Oleh itu, penjagaan berat badan adalah amatlah penting bagi setiap pengidap penyakit kencing manis pada setiap masa. Badan biasanya akan dapat menggunakan gula dalam darah dengan sempurna jika berat badan turun, dan dengan itu akan menyebabkan kadar gula dalam darah juga akan turun
Kalau anda gemuk
Perlu mengurangkan makanan
Terutamanya perlu mengurangkan makanan yang mengandungi terlalu banyak karbohidrat dan lemak
Selalu bersenam
Senaman
Melakukan senaman pada setiap hari bagi penghidap penyakit kencing manis seperti berjalan dan berkebun
Senaman secara teratur adalah sangat baik bagi penyakit kencing manis kerana senaman dapat menambahkan pembakaran gula pada otot-otot dan seterusnya dapat mengurangkan kandungan gula yang ada dalam darah. Selain itu, ini juga akan menyebabkan pengaliran darah juga bertambah baik
Satu perkara perlu diingat ! : Jika anda biasanya kurang aktif dan agak lama sudah tidak bersenam, anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum anda memulakan apa-apa senaman
Mengelakkan jangkitan
Penghidap penyakit kencing manis pada kebiasaanya adalah lebih mudah untuk mendapat jangkitan jika diperbandingkan dengan orang biasa. Maka oleh sebab itu, setiap penghidap perlu memastikan diri sentiasa terjaga melalui langkah-langkah seperti di bawah:
  • Sentias memastikan kebersihan diri terjaga
  • Tiap-tiap hari, pastikan kaki dan jari-jari kaki dicuci dengan menggunakan air, dan sabun, kaki dikeringkan dan bedak disapukan.
  • Mandilah selalu
  • Bedak disapukan pada bahagian kulit yang berpeluh berlebihan
  • Kebersihan gigi perlu dijaga
  • Kecederaan perlu dijauhi
  • Jangan sesekali berjalan tanpa kasut atau selipar
  • Perlu berhati-hati waktu memotong kuku jari dan jari kaki
  • Luka yang ada perlu dibersihkan dan dibalut
  • Semasa bercukur perlu berhati-hati

Penjagaan kaki
Peredaran darah di bahagian kaki adalah amat penting kerana jika ia tidak dapat mengalir dengan sempurna , ini boleh menyebabkan akibat buruk dan terdapat kemungkinan boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan kaki disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Tambahan pula tanpa penggunaan ubat kencing manis yang baik. Dengan sebab itu, kaki perlu dijaga dengan baik.
  • Semasa duduk pada jangka masa yang lama, kaki jangan disilangkan
  • Jangan amalkan memakai kasut yang ketat
  • Kaki perlu diurut sentiasa
  • Tiap-tiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari badan anda untuk beberapa minit
Apakah bahaya kalau pesakit tidak dapatkan rawatan kencing manis yang sepatutnya
Penyakit kencing manis boleh melarat hingga mendatangkan akibat buruk seperti :-
  • mengalami buta
  • kegagalan fungsi buah pinggang
  • penyakit jantung dan penyakit lumpuh
  • penyakit darah tinggi
  • penyakit saraf- Boleh mengakibat penghidap kehilangan deria pada bahagian kaki dan tangan. Oleh kerana tidak dapat merasa sakit, panas, maka boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari
  • jangkitan yang boleh menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati). Ini boleh mengakibatkan kehilangan kaki
  • pesakit tidak sedarkan diri. Kalau tidak mendapat rawatan kencing manis dengan serta merta, pesakit berkemungkinan boleh maut
Penghidap penyakit kencing manis boleh mengelakkan akibat buruk di atas jika menjaga diri dengan baik. Mengidap penyakit kencing manis adalah tidak bermakna hidup seperti dipenjarakan. Kalau mengikut langkah dalam rawatan kencing manis dan kawalan penyakit ini, penghidap masih boleh menikmati kehidupan yang penuh serta bahagia. Kawallah penyakti kencing manis demi menikmati kehidupan yang bahagia dan sihat.
Terdapat juga pelbagai ubat kencing manis alternatif selain dari rawatan kencing manis di hospital atau kliknik.
Jangan biarkan 'kencing manis' anda
hingga ke peringkat kritikal

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete