Ubat
Kebanyakan penghidap penyakit kencing manis perlu kepada ubat kencing manis untuk mengawal penyakit ini selain dari mengawal cara pemakanan. Ubat- ubat kencing manis terdiri dari suntikan insulin. Insulin biasanya hanya diberikan melalui suntikan. Ini adalah kerana insulin boleh dimusnahkan dalam perut jika dimakan begitu sahaja.
Pil
Ubat kencing manis dalam bentuk pil dapat membantu badan pesakit untuk menggunakan gula dengan cara yang sempurna dan dengan itu diharapkan ia dapat mengawal penyakit ini.
Samada menggunakan pil atau suntikan insulin adalah bergantung kepada pesakit. Ada penghidap penyakit kencing manis yang memerlukan suntikan insulin dan ada penghidap lain pula yang boleh mengawal penyakit mereka dengan hanya memakan pil.
Biasanya pihak doktor akan menentukan seseorang penghidap penyakit kencing manis memerlukan suntikan insulin atau pil dalam rawatan, setelah menjalankan pemeriksaan terhadap penghidap. Ini kerana kes penyakit kencing manis seseorang penghidap itu mungkin tidak sama dengan kes orang lain dan oleh itu rawatan yang ditetapkan oleh doktor mungkin tidak sama dengan rawatan untuk pesakit lain. Doktor biasanya akan menentukan rawatan mengikut keadaan sesorang penghidap penyakit kencing manis.
Rawatan awal adalah penting.
Rawatan awal adalah amat penting untuk penghidap penyakit kencing manis. Rawatan awal mungin akan dapat:
- Menyembuhkan tanda-tanda dan gejala penyakit kencing manis
- Menggelakkan atau mengurangkan kesan buruk yang mungkin berlaku jika penyakit ini melarat
- Membolehkan seseorang penghidap itu hidup seperti biasa
Ubat
Setiap penghidap penyakit kencing manis perlu mematuhi nasihat doktor mengenai ubat- ubat kencing manis yang perlu diambil.
Seseorang penghidap itu tidak boleh berhenti mengambil ubat walaupun sudah merasa sihat dan berfikir bahawa ubat itu tidak lagi diperlukan. Berhenti dari pengambilan ubat tanpa terlebih dahulu mendapatkan nasihat daripada doktor adalah sangat merbahaya kerana ini mungkin boleh mengakibatkan penyakit kencing manis yang dihidapi melarat disebabkan tidak dikawal dengan sempurna.
Penghidap perlulah pergi ke hospital atau klinik pada masa yang telah ditetapkan untuk pemeriksaan doktor
Pemeriksaan secara berterusan dari masa ke semasa seperti ujian air kencing dan ujian darah adalah sangat penting dalam rawatan kencing manis
Makanan
Pengawalan pemakanan adalah sangat penting dalam rawatan kencing manis
Nasihat doktor perlulah dipatuhi dalam setiap pengambilan pemakanan.
Pengambilan diet harian perlulah bergantung kepada faktor-faktor penting seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan dan keadaan penyakit kencing manis. Adalah penting juga untuk memastikan bahawa pengambilan diet harian adalah seimbang iaitu, mempunyai segala bahan yang diperlukan oleh badan bagi menjamin kesihatan dan juga memberi tenaga untuk menjalankan tugas harian.
Jangan biarkan 'kencing manis' anda
hingga ke peringkat kritikal
hingga ke peringkat kritikal
---> Rawatan kencing manis <---
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete